|
|
|
|
|
Pembangunan Untuk KesejahteraanSOALAN 1Apakah yang anda faham dengan dasar penswastaan? Dasar penswastaan ialah suatu proses pemindahan kepentingan atau pelaburan atau hak milik kerajaan yang tertentu kepada pihak swasta. Ia dilancarkan di negara kita pada tahun 1983 oleh YAB Perdana menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed. Nyatakan beberapa rasional yang mempengaruhi dasar penswastaan? Di antara rasional yang mempengaruhi dasar penswastaan ialah dapat mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan seperti gaji,pencen, pinjaman kewangan." Dapat meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan atau barangan, kerana sektor swasta lebih mengutamakan keuntungan, ia lebih cenderung untuk meningkatkan produktiviti. Dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan serta saiz sektor awam dalam sesebuah negara. Dapat mempercepatkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan dan penyertaan sektor swasta. Huraikan cara perlaksanan dasar penswastaan di negara kita dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai Cara-cara perlaksanaan dasar penswastaan di negara kita melalui: Penswastaan secara sebahagian : Melalui cara ini sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan kepada sektor awam. Contoh : Sykt Airod Sdn Bhd. Penswastaan secara terpilih : Melalui cara ini hanya sebahagian sahaja daripada perkhidmatan yang terpilih diswastakan. Contohnya : Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang Penswastaan bercorak perniagaan : Walaupun sebahagian besar hak milik kerajaan diswastakan, tetapi sebahagiannya masih dipegang oleh pihak kerajaan. Penswastaan Secara kontrak : Melalui cara ini penswastaan dibuat secara kontrak dan biasanya dalam tempoh tertentu. Ia melibatkan pengeluaran tender oleh pihak yang berkuasa. Contoh : Penswastaan kerja-kerja pembakaran sampah oleh DBKL. Penswastaan Secara Pajakan : Melalui cara ini hak milik tertentu akan dipajakkan kepada pihak swasta untuk diuruskan. Ia melibatkan pengeluaran tender oleh pihak yang berkuasa, misalnya kerajaan-kerajaan tempatan. Contoh : Penswastaan tempat meletak kereta.
SOALAN 2 Dasar Persyarikatan Malaysia : Dasar persyarikatan ini dicontohi dari negara Jepun. Melalui dasar ini Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan sektor swasta. Seluruh rakyat sama ada kakitangan kerajaan dan swasta mejadi pemilik dan pekerja untuk memajukan negara. Untuk mewujudkan kerjasama yang erat dan
berkesan di antara sektor awam dan swasta. Tujuannya untuk menghapuskan salah
faham di antara sektor awam dengan swasta.
SOALAN 3 Dasar Pertanian Negara Dasar Pertanian Negara bertujuan untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke paras yang maksimum melalui penggunaan sumber-sumber negara dengan cekap. Tujuan dasar ini juga untuk mempergiatkan semula penglibatan sektor pertanian dalam usaha pembangunan ekonomi negara keseluruhannya. Dasar ini memberi tumpuan kepada memoden dan memperkenalkan kegiatan pertanian berasaskan perdagangan di kalangan pekebun kecil. Ia menggalakkan penglibatan meluas sektor swasta dalam sektor pertanian. Antara program yang djalankan di bawah dasar ini ialah seperti menyatukan dan memulihkan tanah terbiar dengan menanam tanaman kekal seperti getah,kelapa sawit, juga tanaman kontan seperti tembakau atau sayur-sayuran.
SOALAN 4 Dasar Perindustrian Berat Dasar Perindustrian Berat dijalankan melalui penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia(HICOM), tujuannya untuk menggalakkan perkembangan pengeluaran barangan dan perkhidmatan sokongan serta pekerja mahir. Strategi yang dilakukan oleh HICOM ialah mengenalpasti, memula, melaksana dan meguruskan projek perusahaan berat. Melalui dasar ini negara telah mengimport teknologi dan kemahiran yang diperlukan bagi mempertingkatkan perusahaan berat.
SOALAN 5 Bincangkan langkah-langkah yang dijalankan untuk menjayakan Dasar Perindustrian Negara. Langkah-langkah yang dijalankan termasuklah menguatkuasakan Akta Galakan Pelaburan 1968 yang menggalakkan pelabur asing melabur di negara kita. Langkah yang kedua ialah memberi taraf perintis dan mengadakan kawasan perindustrian khas. Contohnya Petaling Jaya. Langkah yang ketiga ialah menubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian(MIDA) untuk menguruskan projek-projek perindustrian di dalam pelbagai pengeluaran seperti tekstil, alat elektronik, perabot dan sebagainya. Langkah yang keempat ialah menubuhkan HICOM untuk menguruskan projek-projek perindustrian berat. Langkah yang kelima ialah melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Negara (KDPN) untuk menyemak dan mengubahsuai kegiatan perusahaan yang ada untuk menggalakkan pelaburan asing. Langkah yang terakhir ialah melancarkan Pelan Induk Perindustrian untuk menentukan perusahaan negara seharusnya berasaskan sektor perkilangan yang meggunakan sumber asli tempatan melalui penyelidikan dan perkembangan teknologi tempatan.
SOALAN 6 Bincangkan tujuan dan langkah-langkah Dasar Peningakatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam? Tujuan : Untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan awam dengan cara mengubah sikap pegawai kerajaan supaya bersikap positif terhadap tugas. Langkah-langkah yang dilaksanakan : Dengan menggalakan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah. Pegawai kerajaan harus berdisiplin tinggi, berkebolehan menghasilkan kerja bermutu dan mesti bertanggungjawab serta ikhlas dalam melaksanakan tugas. Dengan mengamalkan dasar Pandang Ke Timur untuk mencari teknologi, kemahiran, etika kerja dan pengurusan dari Jepun dan Korea Selatan. Dengan mengadakan Dasar Kepimpinan Melalui Teladan untuk menanam ciri-ciri kepimpinan yang berkesan di kalangan pegawai kerajaan agar dapat diteladani oleh pekerja bawahan. Dengan memperkenalkan Etika Perkhidmatan Awam untuk melahirkan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri, berkerjasama dan berpegang kepada ajaran agama.
SOALAN 7 Tujuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menggerakkan pembangunan sektor di luar bandar. Bincangkan peranan Majlis Amanah Rakyat(MARA). Peranan MARA Peranan MARA ialah untuk menggalak, membimbing, melatih, membantu serta menjalankan usaha pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan ke arah pembentukan satu masyarakat pengusaha dan peniaga bumiputera yang kukuh dan berdikari. Program yang dirancang merangkumi pelbagai bidang sosial, pendidikan, ekonomi dan pelaburan. Peranan MARA juga untuk menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar berasaskan pertanian seperti kilang padi, perusahan kampung, memproses makanan dan buah-buahan. MARA juga berperanan memperkenalkan program latihan bagi meningkatkan kemahiran di kalangan penduduk di luar bandar terutama di kalangan belia. MARA juga akan menyedia bantuan modal sebagai permulaan untuk menggalakkan bumiputera menceburi bidang perusahaan dan perniagaan. |
Copyright © 2001 5S2 of Sam Tet. All rights reserved. No part of this site may be reproduced without written permission from the Webmaster. |