|
|
|
|
|
Pembentukan Ekonomi ModenSOALAN 1Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk? Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu,dan mempunyai budaya yang tersendiri. Bagaimanakah keadaan ini wujud di negara kita? Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai. Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran. SOALAN 2Apakah kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing. Kesan yang kedua akibat kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu. Kesan yang ketiga ialah kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Kesan yang keempat ialah kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat. Kesan yang kelima ialah menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Kesan yang keenam ialah pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan pengasingan kaum.
SOALAN 3Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi perdagangan? Ekonomi perdagangan bermaksud pelaksanaan ekonomi yang menghasilkan barangan untuk dijual dan dieksport. Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan lain. Apakah kesan akibat perkembangan ekonomi perdagangan di Tanah Melayu? Kesan Perkembangan ekonomi perdagangan ialah pertambahan penduduk kesan daripada penghijrahan kaum asing dari India dan China. Kesan yang kedua ialah wujud masyarakat majmuk yang mengamalkan kegiatan ekonomi, kebudayaan dan agama masing-masing. Kesan yang ketiga ialah pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain. Kesan yang keempat ialah taraf hidup penduduk tempatan meningkat dengan adanya pelbagai aktiviti ekonomi. Kesan yang kelima ialah sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang. Ini memudahkan penghantaran barang-barang eksport ke pelabuhan. Kesan yang terakhir ialah perkembangan perindustrian tempatan berdasarkan bahan mentah bermula di Tanah Melayu.
SOALAN 4Nyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi moden terhadap orang Melayu. Kesan ekonomi moden terhadap orang Melayu ialah orang Melayu mula dipengaruhi oleh arus pembangunan ekonomi antarabangsa. Pengenalan ekonomi wang oleh Britain menjadikan wang satu keperluan kepada golongan petani. Akibatnya mereka mula menanam tanaman jualan. Kesan yang kedua ialah petani Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Kemajuan ekonomi yang tidak sama rata, kemudahan asas hanya terdapat di bandar. Peningkatan kadar hutang di kalangan petani. Di luar bandar tidak terdapat institusi kewangan, mereka meminjam wang daripada orang tengah. Para petani terpaksa menjual tanah mereka untuk menjelaskan pinjaman. Ini menyebabkan mereka mula kehilangan tanah tradisional mereka, dan hidup dalam kemiskinan. SOALAN 5Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu ialah perkembangan perusahaan perlombongan telah menyebabkan kemunculan bandar baru seperti Taiping dan Miri. Faktor yang kedua ialah perkembangan pertanian dagangan seperti getah dan lada hitam. Contohnya Seremban dan Kuching. Faktor yang ketiga ialah kemajuan sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan keretapi. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas. Faktor yang keempat ialah keperluan kepada pusat perdagangan,kewangan dan pentadbiran sejajar dengan perkembangan ekonomi moden. Contohnya Kuala Lumpur, dan Johor Bharu. Faktor yang kelima ialah peluang pekerjaan yang wujud di bandar menyebabkan penghijrahan penduduk berlaku, contohnya pendatang Cina dan India. Bandar itu seperti Kuala Lumpur dan Ipoh. SOALAN 6Huraikan faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia. Faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia ialah perkembangan sektor perlombongan, dan penghijrahan buruh Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu. Contohnya bandar Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban). Faktor perkembangan pertanian dagangan, industri getah serta tanaman gambir, lada hitam dan nanas juga turut membantu pertumbuhan bandar Pontian, Pekan Nanas di Johor dan Kuching di Sarawak. Penemuan petrolium di Sarawak menjadikan Miri muncul sebagai bandar baru akibat pertumbuhan penduduk. Bandar baru juga muncul akibat dihubungkan dengan sistem perhubungan baru seperti jalanraya, keretapi dan sebagainya. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas. Bandar baru juga muncul akibat peningkatan bilangan penduduk. Peningkatan itu adalah akibat proses imigrasi luar bandar ke bandar, dan kemasukan pendatang dari Cina dan India. Menurut banci terdapat 92 buah bandar (1911) dan menjadi 176 buah bandar(1931). Pertumbuhan bandar baru berlaku akibat peningkatan fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan dan perusahaan serta pusat perdagangan antarabangsa. Bandar baru juga muncul untuk memenuhi dan menyelaraskan keperluan ekonomi dan keperluan daerah seperti cawangan baru pejabat pentadbiran di Pejabat Jajahan seperti Tapah, Jesselton dan Kuala Kubu Bharu.
SOALAN 7Dengan berdasarkan contoh-contoh, jelaskan kesan-kesan daripada perkembangan bandar-bandar baru di Malaysia. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825). Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas yang lengkap. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru. Kesan yang negatif ialah bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul. Kesan negatif yang lain ialah bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak). Kesan negatif yang lain ialah berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar , dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain. Kesan negatif yang lain proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang.
SOALAN 8Kerajaan British membiarkan orang Melayu terus kekal dalam sektor ekonomi tradisional. Berikan sebab-sebab orang Melayu dikekalkan dalam ekonomi tradisional ? British membiarkan orang Melayu dalam sistem ekonomi tradisional untuk mengelakkan wujudnya saingan atau ancaman terhadap ekonomi dan politik British. Kerajaan Inggeris khuatir penglibatan orang Melayu dalam perladangan getah akan menyebabkan pengeluaran berlebihan dan kejatuhan harga. Mereka tidak mahu orang Melayu bersaing dengannya. British juga ingin mengekalkan orang Melayu sebagai pembekal makanan, ini dapat menjimatkan mengimport beras dari luar. Pihak Inggeris juga tidak mahu melibatkan orang dalam kegiatan ekonomi moden yang terdedah kepada turun naik harga. Ini mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang boleh menggugat kedudukan Inggeris. Pihak Inggeris juga ingin mengelakkan perpaduan dan pakatan rakyat daripada menentang penjajah melalui strategi atau dasar `pecah dan perintah'.
SOALAN 9Kenapakah Inggeris mewujudkan Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) ? Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah tersebut untuk mengekalkan hak milik tanah orang Melayu. Perkembangan industri getah menyebabkan pengusaha ladang membeli banyak tanah orang Melayu. Pihak British juga bimbang survival orang Melayu akan terancam dan bangun menentang penjajah. Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) telah menentapkan bahawa Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu juga untuk mengekalkan orang Melayu dalam sektor ekonomi tradisional selaras dengan dasar `pecah dan perintah' iaitu memastikan tidak wujud perpaduan kaum. Akta Tanah itu juga bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu dalam sektor pertanian padi bagi menampung keperluan penduduk asing yang terlibat dalam bijih timah dan getah di Tanah Melayu. Akta tanah itu juga untuk menjamin kebajikan dan kepentingan orang Melayu, di mana di bawah sistem Torrens, pelabur asing diberi kebebasan membeli tanah daripada orang Melayu menyebabkan ramai kehilangan tanah dan tempat tinggal. SOALAN 10Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) ? Nyatakan juga kesan dari syarat-syarat tersebut. Syarat-syarat yang terkandung dalam Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 ialah Residen Inggeris berkuasa mengistiharkan mana-mana tanah sebagai hak orang Melayu. Dalam syarat itu juga tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak digadai atau dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. Syarat yang ketiga ialah menetapkan jenis tanaman seperti padi dan kelapa sahaja yang boleh ditanam. Getah tidak dibenarkan di tanah ditanah tersebut. Manakala kesan daripada Akta tersebut ialah nilai komersial atau harga Tanah Simpanan Melayu menurun. Kesan yang kedua ialah orang Melayu terpaksa mencari tanah baru untuk tanaman getah. Syarat yang keempat ialah mewujudkan perlanggaran syarat di kalangan orang Melayu untuk menanam getah di Tanah Simpanan Melayu.
SOALAN 11Nyatakan kepentingan bank di Tanah Melayu pada peringkat awal. Bank berkepentingan sebagai badan permodalan dan pelaburan yang memberi kemudahan pinjaman kepada individu dan swasta membuka lombong dan ladang getah. Bank juga berperanan sebagai saluran pemindahan modal dari luar ke dalam negeri. Kepentingan bank juga ialah sebagai saluran pembayaran (dana) dari pihak pengimport(pembeli) kepada pihak pengeksport (penjual) bahan mentah di pasaran antarabangsa. Huraikan perkembangan bank di Malaysia. Bank terawal di Malaysia terdiri daripada cawangan bank yang beribu pejabat di Eropah. Cawangannya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, kemudian di negeri-negeri lain. Bank pertama di negeri-negeri Melayu ialah Cawangan Mercentile Bank (Pulau Pinang) pada tahun 1875. Kemudian diikuti oleh Chartered Bank (Pulau Pinang). Chartered Bank (Ipoh, Kelang, Seremban, Melaka, Sabah dan Sarawak). Bank mula berkembang dengan cara melantik comprador iaitu tokoh yang berpengaruh di dalam masyarakat untuk menjadi orang tengah, memberi perakuan dan jaminan terhadap pinjaman wang dari bank berkenaan. Segolongan saudagar dan pelombong Cina yang kaya juga telah menubuhkan bank tempatan. Bank tempatan yang pertama di Malaysia ialah Kwong Lee Bank (1905) di Sarawak. Bank tempatan yang pertama di Tanah Melayu ialah Kwong Yik Bank (1913) di Kuala Lumpur. Bank pertama yang ditubuhkan oleh orang Melayu ialah Malay National Bank Corperation Berhad di Kuala Lumpur. Cawangannya di Temerloh dan Rembau. Bank ini tidak memberi perkhidmatan kepada sektor pertanian tradisional di kalangan bumiputera di luar bandar.
SOALAN 12Jelaskan kepentingan syarikat insurance pada peringkat awal di Tanah Melayu. Kepentingan syarikat insurance ialah untuk mengelakkan kerugian akibat daripada kemalangan, kebakaran dan kecelakaan pengangkutan perkapalan dengan memberi bayaran gantirugi daripada insurance yang dibeli. Kemunculnya didorong oleh kemajuan perladangan dan perlombongan bijih timah. Pada awalnya ia diperlukan oleh pedagang pemilik kapal, lombong dan ladang getah. Huraikan perkembangan perkhidmatan insurance di Malaysia. Syarikat insurance yang terawal di Malaysia terdiri daripada perwakilan yang beribu pejabat di luar negeri. Syarikat insurance yang terawal ialah Boustead and Company ( 1860) di Pulau Pinang yang mewakili Royal Insurance Company di London. Pada akhir abad 19, terdapat syarikat insurance tempatan seperti Straits Insurance Company Limited di Singapura, dan Khean Guan Insurance Limited di Pulau Pinang. Semua syarikat insurance ini hanya melindungi kebakaran dan kemalangan di dalam perdagangan dan perkapalan (insurance nyawa belum ada). Pada tahun 1917 kerajaan Inggeris mengadakan undang-undang yang mengasingkan insurance kebakaran dengan insurance nyawa. Undang-undang ini telah digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurance kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurance Nyawa pada tahun1948.
SOALAN 13Jelaskan keadaan kesihatan dan perkembangan hospital serta pusat kesihatan lain yang telah diusahakan oleh pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahannya. Keadaan kesihatan di kawasan bandar dan luar bandar terdapat banyak wabak penyakit, seperti malaria, taun, desentri, beri-beri, batuk kering dan demam campak. Penyakit ini mudah merebak kerana keadaan tempat kerja dan tempat tinggal kotor. Pihak British berusaha mengawal wabak dengan mendirikan hospital dan pusat perubatan kecil di bandar dan luar bandar. Pusat Kesihatan yang awal dibina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hospital pertama dibina di Taiping (1878) dan di Kuala Lumpur. Kemudian pusat-pusat kesihatan dibina di Tanjong Malim, Batu Gajah, Gopeng, Krian dan Kuala Kangsar pada tahun1884. Sehingga tahun 1896 terdapat 15 pusat kesihatan di Perak, 14 di Selangor, 3 di Negeri Sembilan dan 2 di Pahang. British juga menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun1901 yang bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah pencegahannya. Pada tahun 1890 ditubuhkan Sanitary Board yang bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kebersihan awam di Kuala Lumpur, Kuala Kubu dan Kelang. Pada tahun 1911 Jabatan Kesihatan telah mengambilalih tanggungjawab Sanitary Board.
SOALAN 14Pentadbiran British telah menubuhkan beberapa lembaga dan jabatan untuk mengawal kesihatan awam. Huraikan perkembangan dan fungsi Sanitary Board. Perkembangan Pihak Inggeris telah menubuhkan Lembaga Kesihatan yang dikenali Sanitary Board yang bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kebersihan awam di Selangor, iaitu di Kuala lumpur, Kuala Kubu dan Kelang. Ahli lembaga Sanitary Board terdiri daripada wakil orang Melayu, Cina dan India. Pengurusan lembaga ini dibiayai daripada cukai yang dikenakan ke atas penduduk. Fungsi `Sanitary Board' Sanitary Board berfungsi untuk menjaga kebersihan di bandar yang meliputi jalanraya, bekalan air, pengawalan pasar, rumah penyembelihan, rumah mandi awam dan pengutipan sampah serta najis. Sanitary board juga berfungsi untuk menjalankan tugas pengawalan lampu bandar, penafsiran dan pengutipan cukai, pemberian lesen dan pengawalan kenderaan bermotor. Mottonya ialah perkhidmatan `Bandar Bersih'. Keejayaan lembaga ini di Selangor mendorong penubuhan lembaga yang sama di beberapa buah bandar di Perak. Tugas lembaga ini kemudian diambilalih oleh Jabatan Kesihatan yang bertaggungng jawab menjaga kesihatan di kawasan bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, Sanitary Board masih meneruskan fungsinya menjaga kebersihan dan memberi perkhidmatan lain di bandar sehingga Perang Dunia Kedua. |
Copyright © 2001 5S2 of Sam Tet. All rights reserved. No part of this site may be reproduced without written permission from the Webmaster. |