|
|
|
|
|
Menghadapi Cabaran BaratSOALAN 1Bagaimanakah kerajaan Melayu Johor telah diasaskan? Kerajaan Melayu Johor telah diasaskan setelah Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud telah berpindah ke Muar, Pahang, Bintan, dan mangkat di Kampar tahun 1528. Kemudian puteranya Sultan Alauddin Riaayat Syah II telah mengasaskan kerajaan Johor di Pekan Tua. Sistem pentadbiran Melaka diteruskan dalam kesultanan Melayu Johor. Sultan-sultan Johor masih lagi menguasai tanah jajahan Melaka, dan mempertahankannya dari serangan Portugis dan Acheh. Pesanan*** Soalan di atas boleh juga ditanya "Kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada kerajaan Melaka. Bincangkan"…..jawapannya adalah sama seperti di atas.
SOALAN 2Usaha-usaha kesultanan Johor untuk mendapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis dari tahun 1513 - 1641. Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh Johor ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh Sultan Mahmud dengan beberapa kali menyerang Melaka dari tahun 1513 hingga 1519, tetapi gagal. Baginda juga telah diserang oleh Portugis beberapa kali tetapi dapat ditangkis. Serangan Portugis yang terbesar pada tahun 1526 menyebabkan baginda melarikan diri ke Kampar, dan mangkat di situ pada tahun 1528. Perjuangan menawan Melaka diteruskan pula oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II yang mengasaskan kerajaan Johor. Dengan bantuan dari Perak, Pahang dan Jawa, baginda melancarkan serangan ke atas Melaka pada tahun 1551. Tetapi gagal. Pada tahun 1576 dan 1578 Sultan Muzzafar Syah telah berjaya mematahkan serangan Portugis ke atas Johor. Pada tahun 1639 perjanjian ditandatangani antara Johor dengan Belanda. Johor bersetuju untuk untuk membantu Belanda menyerang Pertugis di Malaka. Maka Melaka jatuh ke tangan belanda pada tahun 1641.
SOALAN 3Bagaimanakah kerajaan Johor memberi saingan kepada Portugis di Melaka? Kerajaan Johor memberi saingan kepada Portugis di Melaka melalui tiga aspek penting. Aspek pertama ialah saingan melalui kedudukan pelabuhan Johor yang strategik. Di mana pelabuhan Johor telah dikunjungi oleh ramai para pedagang berbanding dengan pelabuhan Melaka(Portugis). Aspek saingan yang kedua ialah Johor beberapa kali telah menyerang Portugis di Melaka, tetapi gagal untuk merampas kembali. Malah serangan balas Portugis telah melemahkan pentadbiran Johor. Aspek saingan yang ketiga ialah Johor telah membantu Belanda untuk menawan Melaka daripada Portugis. Akhirnya Belanda berjaya menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641.
SOALAN 4Nyatakan faktor-faktor perkembangan kerajaan Johor? Sebab-sebab perkembangan kerajaan Johor ialah kerana kerajaan Acheh menjadi lemah dan merosot kerana tidak mempunyai pemimpin yang berkebolehan. Acheh diperintah oleh Ratu-ratu perempuan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Thani. Sebab yang kedua ialah tiada ancaman dari Portugis, kerana Belanda telah menawan Melaka dengan bantuan Johor pada tahun 1641. Sebab yang ketiga ialah kerana Belanda di Melaka menjalankan dasar persahabatan dengan Johor. Belanda memberi keistimewaan kepada pembesar Johor untuk berdagang di Melaka. Ini sebagai balasan kepada Johor yang membantu Belanda mengalahkan Portugis di Melaka. Selepas tahun 1641 perdagangan di Johor berkembang pesat kerana pelabuhan Johor adalah strategik. Adanya tempat membaiki kapal dan memunggah barang. Johor juga mempunyai barang-barang dagangan yang dikehendaki oleh pedagang. Barangan itu seperti kain, garam, bijih timah, rotan, benang, emas dan sutera. Johor juga mempunyai pemimpin yang cekap seperti Sultan Abdul Jalil Syah III. Johor mempunyai pembesar yang handal dan berkebolehan seperti Laksamana Tun Abdul Jamil. Dasar Belanda yang menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan barangan sahaja. Belanda hanya memajukan pelabuhan Betawi(Jakarta) sahaja.
SOALAN 5Huraikan usaha-usaha Johor untuk mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka sebelum tahun 1641. Johor mengambil kesempatan dari kemerosotan Acheh yang diperintah oleh Raja Perempuan iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah untuk memperkukuhkan kerajaannya. Johor bekerjasama dengan Belanda untuk mengusir Portugis di Melaka menyebabkan Johor menjadi bebas, dan berupaya memantapkan negerinya dalam usaha mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Keistimewaan perdagangan yang diberikan oleh Belanda kepada Johor untuk membalas budi Johor yang membantu menewaskan Portugis di Melaka memberi peluang kepada Johor untuk memperkukuhkan angkatan tenteranya. Johor juga berjaya memperluaskan dan menguasai kawasan bekas taklukan Melaka yang kaya dengan sumber ekonomi, seperti Kampar, Siak, Inderagiri, Kelang dan Pahang. Johor menyediakan kemudahan pelabuhan dan perdagangan untuk menyaingi Melaka, seperti menyediakan barangan keperluan pedagang seperti kain, rotan dan sebagainya. Di samping pelabuhan yang terlindung dari angin monsun. Keupayaan Sultan Abdul Jalil yang memerintah Johor mengukuhkan kedudukan Johor untuk mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Beberapa siri serangan yang dilakukan oleh Johor dengan kerjasama beberapa kawasan bekas taklukan Melaka seperti Pahang menyebabkan Melaka menjadi lemah dan sekaligus memberi peluang kepada Johor untuk mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
SOALAN 6Jelaskan corak pentadbiran dan dasar perdagangan yang dilakukan oleh Portugis semasa berada di Melaka Corak Pentadbiran Portugis Portugis memperkenalkan sistem pentadbiran baru bagi mengukuhkan kedudukannya. Portugis meletakkan pentadbiran Melaka diletakkan di bawah Kapitan yang dikenali sebagai Gabenor Selatan. Portugis telah mewujudkan jawatan Ketua Hakim dan KaptenJeneral yang memerintah markas tentera. Portugis telah mengekalkan jawatan Bendahara, Temenggung dan Syahbandar. Bendahara bertanggungjawab kepada pelbagai kaum di Melaka. Temenggung diberi kuasa menjaga petempatan Melayu, dan Syahbandar menguruskan kapal bukan milik Portugis. Dasar Perdagangan Portugis Pertugis telah memaksa kapal dagang supaya singgah dan berdagang di Melaka. Pertugis mengamalkan dasar diskriminasi ke atas pedagang Islam. Mereka dikenakan cukai yang tinggi. Setiap pedagang mesti mendapatkan surat kebenaran sebelum berdagang di pelabuhan Melaka. Pegawai-pegawai Portugis pula mengambil rasuah daripada pedagang. Pedagang sering dipaksa menjual barangan dengan harga yang murah. Pertugis mengenakan cukai yang tinggi kepada kapal yang melalui Selat Melaka
SOALAN 7Bincangkan Dasar Perdagangan Belanda di Melaka? Belanda menjalankan dasar perdagangan dengan memerlukan surat kebenaran sebelum berdagang. Belanda juga telah memaksa kapal dagang dari Barat singgah di Betawi Belanda telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan barang. Belanda juga telah memberikan keistimewaan kepada pedagang Johor.
SOALAN 8Bandingkan polisi-polisi perdagangan Portugis dan Belanda di Melaka. Persamaan Polisi Perdagangan Masing-masing mengamalkan dasar monopoli perdagangan. Melaka dijadikan pelabuhan utama untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Masing-masing membuat perjanjian perdagangan dengan pemerintah- pemerintah di Kepulauan Rempah untuk memonopoli perdagangan rempah. Masing-masing mengenakan cukai yang tinggi, perlu ada surat kebenaran dan memaksa kapal-kapal dagangan singgah berdagang di Melaka. Perbezaan Polisi Perdagangan Portugis mengamalkan dasar anti-Islam dan berusaha menyebarkan agama Keristian dan menghapuskan Islam. Manakala Belanda lebih bertolakansur dan sanggup bekerja-sama dengan kerajaan Islam seperti Johor, Perak dan Kedah. Portugis memonopoli perdagangan rempah, Manakala Belanda mengamalkan monopoli perdagangan bijih timah di Kedah, Perak dan Selangor. Portugis menjadikan Melaka sebagai pelabuhan persinggahan kerana kedudukannya yang strategik di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Manakala Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan bahan mentah dan tidak mahu Melaka menyaingi pelabuhan Betawi di Jawa.
SOALAN 9Apakah sebab British enggan campur tangan di Tanah Melayu sebelum 1874. British enggan campurtangan kerana dasar kerajaan British pada ketika itu yang enggan melibatkan diri dalam politik tempatan. British tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan yang sedang berlaku di Tanah Melayu. British cuba mengelakkan daripada mengalami beban kewangan. Britsh cuma memberikan tumpuan utama hanyalah kepada aspek ekonomi dagangan iaitu kegiatan perdagangan di Negeri Melayu.
SOALAN 10Tunjukkan bukti-bukti bahawa British sebenarnya telah campur tangan di Tanah Melayu sebelum 1874. Bukti bahawa British sebenarnya telah campurtangan apabila Francis Light membuat perjanjian dengan Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786. Stamford Raffles pula telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku Husin sebagai Sultan Johor. British juga telah menandatangani perjanjian dengan sultan dan Temenggung untuk mendapatkan Singapura pada tahun 1819. Pihak British juga telah menandatangani perjanjian dengan Belanda (Perjanjian Inggeris - Belanda 1824). Kesanperjanjian ini telah membahagikan Tanah Melayu kepada dua pengaruh. Ini telah memecahkan empayar Johor - Pahang - Riau-Lingga. Pada tahun 1825 Gabenor Negeri-negeri Selat telah menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk menyelesaikan perselisihan dan masalah sempadan kedua-dua negeri. British juga telah menandatangani Perjanjian Low dengan Perak apabila Siam menghantar wakil dan tenteranya ke Perak. Perak telah meminta bantuan British. Menurut Perjanjian Low, Perak tidak akan membuat hubungan dengan Siam dan Selangor tanpa kebenaran Inggeris. Perak tidak akan hantar bunga emas kepada Siam. Perak menyerahkan Dinding dan Pulau Pangkor. British juga telah memasukkan Naning ke dalam wilayah Melaka. British mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka. Ini telah ditolak oleh Penghulu Dol Said. British menghantar tentera menakluki Naning. British juga telah membedil Kuala Terengganu pada 1862 apabila Sultan Omar enggan menyerahkan Sultan Mahmud III kepada British.
SOALAN 11Jelaskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh KerajaanBritish untuk melaksanakan dasar Pengagihan Kuasa Pusat(Desentralisasi) di Tanah Melayu. JOHN ANDERSON John Anderson telah mewujudkan Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk menentukan pembahagian kuasa perundangan dan pentadbiran negeri dengan kerajaan pusat. Draf anggaran hasil dan perbelanjaan setiap negeri akan dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Negeri. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam, masjid, penghulu dan pencen akan diuruskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri. GUILLEMARD Raja-raja tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Tempat raja diganti oleh 3 orang pegawai British dan 3 orang Melayu Durbar dipulihkan semula. Rang undang-undang perlu disahkan oleh raja.
CLEMENTI SMITH Ketua Setiausaha Persekutuan digantikan dengan Setiausaha Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa yang lebih luas dalam pentadbiran dan kewangan. Jabatan-jabatan seperti pertanian, pendidikan, kesihatan dan kerja raya diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri. Jabatan Polis, kastam, tentera, kewangan dan Jabatan perhubungan diletakkan di bawah kuasa kerajaan pusat.
SOALAN 12Pengambilan Pulau Pinang Dan Seberang Prai Oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris 1791 dan 1800. Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris menduduki Pulau Pinang, dengan syarat Syarikat hendaklah mengawal negeri Kedah daripada ancaman musuh seperti Siam. Sultan Kedah juga bersetuju untuk melepaskan monopoli ke atas candu, bijih timah dan rotan. Inggeris pula bersetuju memberi pampasan sebanyak $30,000.00 wang Sepanyol setiap tahun. Manakala wakil Inggeris iaitu Francis Light tidak menghiraukan perjanjian ketenteraan dan pampasan tersebut. Sultan Kedah merasa baginda dipermainkan, lalu membuat rancangan untuk mengambil semula Pulau Pinang daripada Inggeris. Baginda bersiap sedia untuk menyerang Pulau Pinang, tetapi Light terlebih dahulu yang menyerang dan mengalahkan angkatan baginda di Seberang Prai. Sultan Kedah terpaksa menandatangani perjanjian pada tahun 1791. Baginda mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang. Sultan Abdullah pula dibayar pampasan elaun tahunan $6000.00 wang Sepanyol. Pulau Pinag semakin maju, penduduknya semakin ramai dengan kedatangan orang-orang China. Maka makanan semakin diperlukan. Pada tahun 1800 Inggeris sekali memaksa Sultan Kedah menyerahkan Seberang Prai . Baginda diberi pampasan sebanyak $4000.00 setahun.
SOALAN 13Mengapakah Sultan Abdullah (Kedah) sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada Ogos 1785? Sultan Abdullah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada Light dengan syarat Inggeris hendaklah mengawal kawasan perairan Kedah. Musuh Kedah hendaklah dianggap sebagai musuh Inggeris juga. Kos peperangan melawan musuh adalah di bawah tanggungan Inggeris. Manakala pedagang yang datang dengan perahu,kapal dan jong bebas menentukan tempat perdagangan, sama ada di Pulau Pinang atau di Kedah. Sultan pula sanggup melepaskan monopoli ke atas candu, bijih timah dan rotan, baginda akan diberi pampasan sebanyak $ 30 000.00 wang sepanyol setahun. Sekiranya serangan musuh dari darat, Inggeris hendaklah menghantar bantuan tentera, senjata dan peluru. Kos peperangan akan ditanggung oleh Kedah. Berdasarkan syarat-syarat inilah Sultan Abdullah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light.
SOALAN 14Usaha-usaha James Brooke Untuk mendapatkan Sarawak daripada Sultan Brunei. Setelah berjaya membantu Raja Muda Hashim mengalahkan pemberotak, James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841. Akhirnya Sultan Brunei cuba menyekat pengaruh Brooke, tetapi Brooke telah menyerang Brunei. Pada tahun 1846 James Brooke diistiharkan sebagai pemerintah Sarawak yang bebas. Untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke telah melancarkan serangan ke atas petempatan pribumi. Contohnya ke atas Mukah dan Sarikei. Antara tahun 1853 hingga 1861 Sultan Brunei terpaksa menyerahkan kawasan Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Samarahan, Krian dan Skrang kepada James Brooke. Pada tahun 1890 pentadbiran Brooke telah mengasingkan kawasan Limbang daripada pemerintahan Brunei.
SOALAN 15Bincangkan sejarah kejatuhan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara? Pada tahun 1865 beberapa kawasan Pantai Barat Sabah telah ditadbir oleh C.L. Moses (wakil Amerika Syarikat). Beliau mendapat konsesi tersebut daripada Sultan Brunei. Kemudiannya C.L. Moses menyerahkannya kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey. Akhirnya William Torrey menjual Pantai Barai Sabah kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent. Apabila tempoh konsesi itu tamat Overbeck dan Dent telah memperbaharui perjanjian itu dengan Sultan Brunei. Mereka juga mebuat perjanjian dengan Sultan Sulu di Jolo. Sultan Sulu bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Overbeck dan Dent. Pihak British ingin menubuhkan syarikat di Sabah. Oleh kerana Overbeck bukan rakyat British maka beliau terpaksa menarik diri daripada syarikat tersebut. Kemudian Dent memohon piagam daripada kerajaan british. Akhirnya British meluluskan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1881 untuk mentadbir Sabah. Maka bermulalah pengaruh dan penguasaan british ke atas Sabah.
SOALAN 16Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Stanford Raffles untuk mendapatkan Pulau Singapura pada tahun 1819? Setelah Raffles diarahkan oleh gavenor jeneral di India iaitu Warren Hasting untuk mencari pelabuhan yang baru di kepulauan Melayu, menyebabkan Raffles telah memujuk Temenggung Johor iaitu Temenggung Ab.Rahman melantik Tengku Hussin sebagai sultan Johor. Tengku Hussin sebelum ini telah diketepikan sebagai pemerintah Johor. Maka satu perjanjian sementara ditandatangani antara Raffles, Temenggung dan Tengku Hussin. Antara syarat-syarat perjanjian itu ialah Inggeris akan melindungi Temenggung, Inggeris akan memberi bayaran tahunan sebanyak $ 3,000.00 Sepanyol kepada Temenggung, dan Inggeris akan dibenarkan membina loji di Singapura. Kemudian pada Februari 1819 perjanjian rasmi telah ditandatangani. Antara syarat-syarat perjanjian itu ialah menerima syarat-syarat perjanjian pertama, Sultan, Temenggung dan penggantinya berjani tidak akan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah yang lain, termasuklah Amerika Syarikat, kuasa-kuasa lain juga tidak boleh membina loji atau menjadi penasihat dalam pentadbiran Johor selagi Inggeris berada di Singapura.
SOALAN 17Huraikan Kesan-kesan perjanjian Inggeris - Belanda 1824? Apabila perjanjian ini termeterai wujudlah kesan-kesan seperti Belanda akan menyerahkan Melaka kepada Inggeris, manakala Inggeris pula akan menyerahkan Bengkulen(Bangkahulu) kepada Belanda. Kesannya juga dapat dilihat apabila Belanda telah mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan Inggeris. Manakala Inggeris pula tidak akan menceroboh kawasan di selatan Singapura yang berada di bawah pengaruh Belanda dan Sumetra. Melalui perjanjian ini Belanda tidak akan menbuat sebarang perjanjian dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu . Dengan perjanjian ini maka berlakulah pemecahan empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga. Secara langsung Inggeris memiliki 3 buah pelabuhan di Tanah Melayu, seperti P. Pinang, Singapura dan Melaka. Kesan jangka panjang ialah wujudnya 2 buah negara berkekalan hingga kini iaitu Malaysia dan Indonesia. |
Copyright © 2001 5S2 of Sam Tet. All rights reserved. No part of this site may be reproduced without written permission from the Webmaster. |